<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7948208097522207584?origin\x3dhttp://livedluz.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Me,myself,I.


Jujul Euphoric.
Date of birth: 19 July 1988
about me eh?? erm... basically i'm a gila-gila person... hepi go lucky... suke buat benda2 yg xciting & fun!! Jarang marah unless u really test my patience.. Ape lagi eh.. jap2.. let me think... erm.... alar.. nak tanyer sendiri lah eh.. otak ngah blank ar...


Say cheeese!





Backstage


No backstage, no dance.

Designer &Background.
(c)nittaya ,
Basecode.
exquisite,

06 09 08
Saturday, September 6, 2008

Sempena Ramadhan, coretan ini telah aku lakarkan untuk sama-sama kita fahami maksud Ramadhan & janganlah kita sambil lewa tika sambut Syawal menjelang.




Ramadhan
Kini kau hadir lagi
Tetapi dengan sekelip mata kau akan pergi
Pergi meninggalkan kami

Ramadhan
Masanya untuk kita berpuasa
Masanya untuk kita menahan lapar dan dahaga
Tetapi bukan itu sahaja
Mengumpat, mengeji & mengata harus dihentikan segera

Apakah erti sebenar Ramadhan
Adakah ia sekadar untuk melemahkan badan?
Ataupun inilah masanya
Kita manusia terkejar-kejar untuk mendapatkan ganjaran yang lebih dari Tuhan

Ingatlah wahai manusia
Di 10 Ramadhan terakhir kita sibuk menyiapkan diri dengan Syawal yang bakal tiba
Lailatul Qadar tidak pernah di ingat
Untuk mendapatkan pahala yg melimpah ruah tidak pernah dibuat

Menjelang Syawal kita semuanya serba baru
Dari langsir, permadani, kusyen hingga ke baju
Tetapi bagi yang susah
Untuk membeli butang baju, mereka tidak mampu

Kita beraya dengan kegembiraan
Mereka yang susah hidup dalam penderitaan
Setiap kali Syawal airmata berlinangan
Mengenangkan nasib yang serba daif & kekurangan

Setiap kali Syawal kita di sini beraya bersama keluarga
Ziarah-menziarahi, sama-sama bergembira
Bagi musafir, Syawal satu kepiluan
Jauh dari keluarga diselubungi kerinduan

Kita yang hidup sibuk beraya
Maaf-memaafi sesama kita
Janganlah pula kita lupa pada yang tiada
Sekurang-kurangnya sedekahkan mereka AL-Fateha.

Hasil ciptaan, *Zoul*

Labels:

With love, jujul. @ 5:22:00 AM